Thursday 7 April 2011

Sejarah Pusat Pengajian & Sejarah Tok Kenali

SEKOLAH RENDAH ISLAM
MADINATUL ‘ILMI


 PENGENALAN
 
Pada tahun 1909M (1327H) Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) telah pulang ke tanah air selepas menjalani pengajian selama 17 tahun di tanah suci Mekah. Atas kesedaran dan dorongan oleh ibunya bertapa pentingnya pendidikan yang lebih baik dan tersusun lagi berkesan beliau telah membuka dua buah pusat pengajian pondok di kampong kelahirannya di kampung Belukar iaitu tempat Masjid Kenali sekarang dalam Mukim Kenali. Hasil dari didikan beliau, lahirnya guru-guru agama dari pondok tersebut. Selepas itu guru-guru tersebut telah membuka pondok pengajian di tempat masing-masing.

Sejarah Sekolah
Selepas pemergian Tok Kenali, Pusat Pengajian Pondoknya telah disambung oleh Anak Pertamanya Tuan Guru Haji Ahmad yang digelar ‘Tok Bakok”. Selepas pemergian Tok Bakok, Anaknya iaitu Tuan Guru Haji Wardi (lebih disenangi dengan panggilan Ustaz Mawardi) menyambung perjuangan Tok Kenali. Pada tahun 1984, Ustaz Haji Mawardi telah membuka sekolah rendah agama iaitu “MADINATUL ‘ILMI” sekarang “Sekolah Rendah Islam Madinatul ‘Ilmi” diatas tanah pusaka datuknya(Tok Kenali) –Tapak Asal Pondok Tok Kenali. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menghidupkan suasana Pengajian Ilmu di Tapak yang bersejarah ini supaya berkekalan selamanya.


(Pandangan Depan Sekolah)
Memandangkan kawasan “MADINATUL ILMI” begitu terhad dan Harga Tanah kawasan Kubang Kerian ini agak tinggi, Ustaz Haji Mawardi dan Majlis Tertinggi (Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi) bersetuju untuk membuka cawangan dan mengembangkan lagi ke tahap Sekolah Menengah. Pada akhir tahun 1984, Sekolah Menengah Islam Madinatul ‘Ilmi ditubuhkan dan bertapak di Kandis Bachok dan pada awal tahun 2005 telah berpindah ke Pasir Puteh kerana tempat ini lebih selesa dan sudah siap dilengkapi dengan kemudahan infrastuktur seperti rumah guru, asrama pelajar, kantin, padang sekolah dan kawasan pertanian.
Kini Tanah Tapak Sekolah Rendah Islam Madinatul ‘Ilmi menjadi Harta Pusaka kepada Cicit Tok Kenali iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi (dipanggil Ustaz Hafiz Hukmi). Sekarang, tibalah masanya untuk Ustaz Hafiz Hukmi menyambung kembali Matlamat dan Amanat Nyangnya untuk membina balik Pondok Tok Kenali sesuai dengan peredaran zaman dan kebangkitan Islam hari ini sebagai satu kesinambungan usaha dan perjuangan Tok Kenali.

(Bangunan Utama: Pejabat, Bilik Guru Muslimin & Muslimat, Bilik Musyuarat & Makmal Komputer)

Sebagai Pemilik Tanah (Tapak Sekolah Rendah Islam Madinatul ‘Ilmi), Ustaz Hafiz Hukmi telah berbincang dengan Jamaah Pengurusan Tertinggi (Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi) telah mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada Tanah Tapak Pengajian yang sudah beroperasi lebih daripada 27 tahun ini untuk diwakafkan atas  tujuan Tapak Pengajian Agama dan Kebajikan.
Tujuan Wakaf
Keputusan musyuarat Majlis Tertinggi(Ahli Lembaga Pengarah Madinatul ‘Ilmi) untuk mewakafkan tapak sekolah yang belum diwakafkan ini adalah bertujuan:
I.    Mengumpul dana untuk membangunkan balik Pondok Tok Kenali.
II.   Berkongsi Keuntungan(Pahala) dengan orang ramai (Pewakaf) setiap kali berlangsungnya Pembelajaran atau sebarang amalan kebajikan di atas Tanah tersebut.
III.  Supaya tidak timbul perebutan Hak Kuasa untuk masa akan datang.
IV.  Supaya Ahli Lembaga Pengarah Madinatul ‘Ilmi boleh menguruskan sekolah dan menjalankan aktiviti sekolah dengan lebih mudah.
V.   Supaya sekolah boleh beroperasi selamanya tanpa gangguan mana-mana pihak mahupun keluaga tuan tanah(asal) untuk masa akan datang.

(Bangunan Utama: Pejabat, Bilik Guru Muslimin & Muslimat, Bilik Musyuarat & Makmal Komputer)


KELEBIHAN, PENSYARIATAN DAN HIKMAH WAKAF

Kelebihan Wakaf
Kelebihan seseorang apabila mewakafkan hartanya dapat difahami daripada ayat-ayat Al-Quran yang berikut:

1)     Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya! Ingatlah Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”.
                                                                              (Surah al-Baqarah: ayat 245)
2)     Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Amat Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
                                                                              (Surah al-Baqarah: ayat 261)

                                 (Pandangan dari Pintu Utama)                        


3)     Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan (sia-sia atau disekat daripada mendapat pahala). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”
                                                                                (Surah Ali ‘Imran: ayat 115)
(Pandangan sisi Dewan Utama)
Kaedah pelaksanaan wakaf di zaman Rasulullah S.A.W. dan Sahabat adalah berasaskan hadis Ibn ‘Umar yang diriwayatkan Muslim:
Terjemahan hadis: Hadis diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar r.a katanya; “Ayahandaku, ‘Umar al-Khatab telah mendapat anugerah sebidang tanah (kebun) di daerah Khaybar, beliau kemudiannya bergegas menemui baginda Rasulullah S.A.W memohon nasihat tentang tanah tersebut.” Berkata ayahku kepada Rasulullah S.A.W.; “Wahai Rasulullah, aku telah dianugerahkan sebidang tanah yang subur yang tidak pernah aku miliki sebelum ini, apa yang harus aku lakukan ke atas tanah itu?” Sabda Rasulullah S.A.W.; “Jika kamu bersetuju, sebaik-baiknya kamu kekalkan asetnya, kemudian kamu sedekahkan segala hasil pengeluarannya.” Kata Ibn Umar; “Lantas ayahku menyedekahkan semua hasil mahsul tersebut sepanjang masa. Tanah itu tidak dijual, tidak diperniagakan, tidak dijadikan harta pusaka (tidak diwarisi) dan tidak dipindah
milik kepada orang lain (hibah).” Kata Ibn Umar lagi; “Semua hasil tanah (kebun) itu diagih-agihkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba abdi, orang yang berada di jalan Allah (fi sabililah), ibnussabil dan pembiayaan kepada para tetamu. Tidak menjadi kesalahan (berdosa) bagi pemegang amanah tanah wakaf tersebut (pengurus) untuk mengambil hasil tanah wakaf secara berpatutan bagi menampung sara hidup atau untuk meraikan para tetamu, asalkan tidak dijadikan milik persendirian mereka.”                                                                          (Hadis Riwayat Muslim)
(Bangunan Kelas Darjah – Bangunan ini ada 6 Kelas)
Pensyariatan Wakaf
Pensyariatan dalam pewakafan harta adalah berasaskan tuntutan ayat berikut:
Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
                                                                                  (Surah Ali ‘Imran: ayat 92)

Anas R.A. meriwayatkan bahawa sebaik mendengar ayat di atas, Abu Talhah telah meminta penjelasan lanjut daripada Rasulullah S.A.W. tentang maksud ayat tersebut. Rasulullah telah menjelaskan bahawa antara sedekah harta yang dimaksudkan ayat ini ialah ibadah wakaf.

Al-Rafi’i (pengikut mazhab Syafi’i) telah mentafsirkan maksud kebajikan dalam ayat di atas adalah wakaf, iaitu satu-satunya ibadah dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala berterusan walaupun pewakafnya telah meninggal dunia, selagi harta tersebut dimanfaatkan untuk kebajikan seperti yang dinyatakan dalam hadis Riwayat Muslim.

(Bangunan Kelas Darjah – Bangunan ini ada 6 Kelas)

Hikmah wakaf
Hikmah-hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf ialah:
1)      Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Mendekatkan diri dengan Allah.
2)      Mendapat pahala kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan berterusan walaupun selepas pewakaf meninggal dunia.
3)      Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat Islam untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.
4)      Mengukuhkan perpaduan ummah.
5)     Memastikan pengekalan pemilikan dan perkongsian aset umat Islam.

Jenis-jenis Wakaf

Terdapat beberapa jenis wakaf yang boleh dilakukan seperti berikut:

Wakaf Am: iaitu mewakafkan harta bagi tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan sebarang tujuan khusus. Wakaf jenis ini amat digalakkan dalam Islam kerana wakaf ini ditujukan kepada umum atau orang ramai dan pahalanya akan terus diterima oleh pewakaf (wakif) walaupun selepas pewakaf meninggal dunia. Maka wakaf jenis ini amat sesuai sebagai salah satu sumber pembiayaan aktiviti-aktiviti pembangunan ummah, sama ada di bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

 Wakaf Khas: iaitu mewakafkan harta bagi tujuan sesuatu kebajikan secara khusus seperti bagi tujuan masjid, surau, kubur dan sebagainya. Wakaf ini tidak boleh digunakan bagi tujuan selain yang diniatkan.

Wakaf Musytarak: iaitu mewakafkan harta bagi tujuan kebajikan secara bersama oleh beberapa orang. Contohnya, wakaf tanah pertanian yang sebahagian hasilnya ditujukan untuk anak-cucu, sementara sebahagian lagi untuk tujuan urnum.

Wakaf Kaki: iaitu mewakafkan harta bagi tujuan kebajikan dengan cara pengurusan wakaf membeli keseluruhan harta dan pewakaf membayar harga mengikut sukatan tertentu yang dikehendakinya.

    (Pandangan sebelah Kiri Sekolah & bangunan Kelas 3 Tingkat) 

Wakaf Mengikut Semua Mazhab

Mazhab Syafi’i

Wakaf ialah menahan harta yang boleh diambil manfaat daripadanya dengan dikekalkan zat harta itu dengan memutuskan hak pengurusan pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Mazhab Hambali

Wakaf bererti menahan fizikal sesuatu harta dan disedekahkan hasil untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah. Takrifan mazhab ini adalah lebih longgar berbanding dengan Mazhab Syafi'i. Ini kerana perkataan 'sedekah' dalam takrifan mazhab ini boleh membawa erti iaitu harta wakaf boleh diberikan sahaja kepada penerima wakaf. Sedangkan harta wakaf itu hukumnya hanya boleh diambil manfaat atau hasilnya sahaja.



Mazhab Maliki
Wakaf ialah mensedekahkan manfaat sesuatu harta selama mana harta itu wujud dan kekal pemilikan harta tersebut secara taqdiri. Ini adalah berdasarkan hadis: Mafhumnya:"Tahanlah asal harta tersebut dan alirkan hasilnya. "Maksud menahan di atas bukanlah bererti terputus milik pewakaf tetapi ia masih tetap dalam pemilikannya. Walaupun pemilikan harta tersebut masih kekal kepada pewakaf, namun pemilikannya adalah pemilikan yang terikat iaitu pewakaf tidak boleh menjual harta tersebut dan lebih tepat lagi, ia tidak boleh lagi bertasarruf  dengannya sebagaimana harta yang dimilikinya.


Mazhab Hanafi
Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Hassan mentakrifkan wakaf iaitu menahan sesuatu harta di bawah kekuasaan Allah swt, di mana hak milik si pewakaf akan berpindah kepada Allah swt dan hasil daripada harta tersebut digunakan untuk kebaikan orang ramai. Harta wakaf akan bertukar menjadi milik Allah, maka hendaklah harta tersebut digunakan pada jalan-jalan kebajikan atau perkara-perkara makruf.

 
Hukum Wakaf
Hukum wakaf di sisi jumhur Ulama Islam dalam semua Mazhab selain daripada ulama Mazhab Hanafi adalah Sunat. Hal ini dapat dilihat di dalam Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud,Al-Tarmidzi dan Al-Nasa’i: para ulama mentafsirkan “sedekah jariah” dalam hadis dibawah adalah bermaksud wakaf. Maksud hadis secara keseluruhannya ialah amalan seseorang yang telah mati akan terhenti dan terputus pahalanya melainkan tiga perkara iaitu: 1)Sedekah jariah. 2)Ilmu yang bermanfaat. 3)Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya. Mengikut para Ulama, ketiga-tiga perkara tersebut akan menambahkan pahala amalan kebajikannya walaupun dia telah meninggal dunia kerana semua itu adalah hasil daripada usahanya sewaktu dia hidup.
Oleh itu, hasil penat lelah semasa dia hidup di atas muka bumi ini tidak akan menjadi sia-sia sekiranya berlaku tiga perkara diatas. Dia berhak menerima hasilnya(pahala) sekalipun dia telah meninggal dunia. Dengan ini, dapatlah kita faham daripada hadis Rasulullah s.a.w. di atas, bahawa wakaf itu adalah suatu amalan yang sangat dituntut dan sesiapa yang berkorban harta benda untuk tujuan tersebut, dia akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. tanpa ada titik penamat.
(Bangunan  Bilik Guru Muslimat & Bangunan Kelas TAHFIZ  AL-QURAN)


PERLAKSANAAN WAKAF

Pewakafan harta hanya akan menjadi sempurna (sah) apabila syarat-syarat pewakafan dipatuhi sebagaimana berikut:
1.      Wakaf hendaklah dibuat secara kekal tanpa dihadkan untuk mana-mana tempoh tertentu.
2.      Bagi wakaf khas, tujuan dan maksud wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tidak sah wakaf jika tidak dinyatakan tujuan dan maksudnya.
3.      Harta yang telah diwakafkan berkuatkuasa serta merta, tidak boleh ditarik balik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain kecuali melalui pelaksanaan wakaf istibdal.

Rukun Wakaf
Rukun wakaf terbahagi kepada 4 iaitu:

v  Pewakaf (al-waqif )
Bagi menjadikan wakaf sah dari segi syarak pewakaf disyaratkan:
Ø  Seorang yang merdeka, baligh dan berakal.
Ø  Berkelayakan untuk berwakaf iaitu tiada halangan berbelanja kerana tidak siuman dan muflis.
Ø  Sukarela, iaitu tidak dipaksa.
Ø  Pewakaf yang dalam keadaan maradul maut hanya dibenarkan mewakafkan tidak lebih daripada satu pertiga hartanya. Sekiranya pesakit mewakafkan satu pertiga atau kurang, wakafan ini dibenarkan bagi memelihara kepentingan dirinya untuk menerima ganjaran pahala selepas kematiannya.
Ø  Pewakaf yang membuat wakaf menerusi wasiat tertakluk kepada hukum wasiat. Walau bagaimanapun, rukun wakaf masih perlu dipakai.

v  Harta yang diwakafkan (al-mawquf)
Harta-harta yang diwakafkan perlulah:
Ø  Harta yang ditentukan (ta’yin).
Ø  Harta yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah, bangunan, saham dan lain-lain.
Ø  Harta yang boleh dipindah milik, bukan harta ditahan seperti harta orang muflis atau harta anak yatim.
Ø  Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan (masa yang lama).
Ø  Harta yang hendak diwakafkan adalah milik sempurna pewakaf dan bukan harta orang lain seperti harta pinjaman, sewa atau sebagainya.

Ulama’ mazhab Syafi’i berpendapat bahawa pemerintah Islam boleh mewakafkan (irsod) tanah hakmilik negara atau hakmilik Baitulmal sekiranya membawa kebaikan kepada umat Islam. Pewakafan ini dikecualikan daripada syarat harta yang hendak diwakafkan hakmilik pewakaf.

Ø  Penerima manfaat wakaf (mawquf ‘alaih)
Penerima manfaat wakaf perlulah:
Ø  Bukan ahli maksiat.
Ø  Bukan kafir harbi atau murtad.
Ø  Mestilah pihak yang layak menerima manfaat daripada harta wakaf.

Ø  Sighah wakaf (Ijab dan Qabul)
Satu pernyataan tawaran (ijab) dari pewakaf bagi mewujudkan wakaf dan pernyataan penerimaan (qabul) oleh penerima wakaf atau wakil yang dilantik sebagai wakil penerima wakaf. Akad wakaf boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu:
Ø  Jelas ( Soreh ) iaitu lafaz yang membawa satu maksud secara langsung. Contoh: “Saya Nur Aen bte. Abu Hanifah dengan ini mewakafkan tanah saya seluas satu ekar berpegang kepada hakmilik ................................. di lot 1111, Mukim/pekan/Bandar  ........................ dalam Daerah.............. Negeri ................ kepada ................................................ mulai ................... bagi tujuan kebajikan umum umat Islam”.

Ø  Simbolik (Kinayah) iaitu tiada lafaz wakaf tetapi boleh membawa banyak maksud yang boleh memberi erti wakaf, termasuk lafaz dalam bentuk tulisan, isyarat dan sighah kinayah. Contoh: Seseorang itu berkata, “Hartaku adalah menjadi sedekah kepada fakir miskin, atau katanya, “Saya serahkan ia kepada mereka selama-lamanya”. Wakaf sudah dianggap sah apabila sudah ada pernyataan tawaran (Ijab) dari pewakaf dan pernyataan terima (Qabul) dari penerima wakaf.
(Asrama Muslimat, Pasti Zawawi & Tapak yang akan dibangunkan)

Wakaf Istibdal

Istibdal bermaksud menggantikan harta wakaf dengan harta lain yang lebih baik sama ada dengan tukaran, belian atau jualan menurut hukum syarak dengan tujuan mengekalkan dan mengalirkan manfaat harta wakaf.

Pemegang Amanah

Pemegang amanah atau wakil atau seseorang Nazir itu mestilah dari kalangan orang yang mempunyai akhlak dan pekerti yang tinggi serta baik budi bahasanya dan berkelayakan atau berkeahlian(ada kaitan dengan harta tersebut) dilantik sebagai wakil sama ada dalam bentuk mental dan fizikal bagi menjalankan tanggungjawab ini.
Dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa faedah daripada tanah wakaf ini bukan untuk diwarisi oleh keluarga pewakaf, tetapi telah ditentukan kepada sesiapa yang telah diamanahkan untuk menjaga mengikut perjanjian(Ijab dan Qabul) wakaf yang asal.

Wakaf Dalam Kanun Tanah Negara (KTN)

Dalam Kanun Tanah Negara (Akta No. 56 tahun 1965), urusan wakaf boleh dirujuk di dalam seksyen-seksyen yang berikut:-
v  Seksyen 4(2) – Kecualian:
Ø  “Kecuali setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan–(e) mana- mana undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa mengenai wakaf atau bait-ul-mal”.
v  Seksyen 5 – Tafsiran:
Ø  Melainkan kandungannya menghendaki sebaliknya “amanah” tidak termasuk wakaf yang diwujudkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak”.



KESIMPULAN

Amalan mewakafkan tanah untuk sebarang kebajikan sangatlah dituntup dan digalakkan oleh semua Mazhab. Apa yang paling penting adalah niat mestilah Ikhlas, sekiranya terdetik dihati rasa Riak, Takabbur seperti sifat mahu menunjuk-nunjuk dan sebagainya mestilah segera disingkirkan daripada fikiran dan segeralah beristighfar kerana amalan Wakaf atau amalan Kebajikan ini sangat menitik beratkan soal Keikhlasan Hati. Antara pendapat dan pandangan Ulama’ tentang Tanah Wakaf untuk Tapak Pengajian Agama adalah:
        I.            Dalam Surah al-Baqarah: ayat 261, menceritakan kelebihan Menderma, diberi perumpamaan sebanyak 700 kali ganda Ganjaran Pahala, apatah lagi Pahala orang yang Mewakafkan Tanah untuk Tapak Pengajian Agama dengan  IKHLAS, Ganjaran terlalu banyak sehingga tak mampu disebut dan tak dapat dikira dengan akal manusia.
      II.            Ada juga Ulama yang cuba mentafsirkan Ayat diatas seperti berikut: Kalau perumpamaan pahala menderma sebanyak 700 kali ganda, mewakafkan tanah ganjarannya pasti lebih besar, tambahan pula kalau Wakaf untuk Pengajian Agama, ia boleh melebihi 100 kali ganda ganjarannya daripada ganjaran menderma biasa. Ini bermakna ganjaran pahala mewakafkan tanah untuk Pengajian Agama melebihi 70,000 kali ganda berbanding dengan nilai yang diwakafkan.
   III.            Setiap Pahala orang yang membuat kebaikkan diatas Tanah yang diwakafkan seperti  Belajar Agama, Mengajar Agama, Mengulangkaji Pelajaran Agama, Menghafal Ilmu Agama dan Membaca Buku Agama sekali pun akan diberi ganjaran Pahala yang sama kepada orang yang Mewakafkan Tanah dengan IKHLAS untuk selama-lamanya.
Untuk memastikan Jualan Tanah Wakaf untuk Tapak Pengajian Sekolah Rendah Islam Madinatul ‘Ilmi(1984) ini berjalan lancar, Nama dan I/C Wakil Penjual atau Wakil Penerima Wakaf yang Sah akan dilampirkan untuk keselamatan bersama. Sebagai bukti atau tanda pembelian, pembeli (pewakaf) akan melakukan akad jual beli(Ijab dan Qabul) dengan Wakil Penjual atau Wakil Penerima Wakaf dan akan beri salinan Resit (mesti diisi penuh dengan maklumat yang tepat) dan sijil Pembelian Tanah Wakaf akan diposkan ke alamat yang tertulis dalam resit. Untuk 1000 Pembeli (pewakaf) terawal, akan diposkan sekali dengan Buku Sejarah dan kisah hidup Tok Kenali sebagai cendera hati daripada Cicit Tok Kenali iaitu Ustaz Hafiz Hukmi yang akan bertanggungjawab serta selaku Pemegang Amanah bagi Tanah yang akan diwakafkan.
Sebagai Rujukan, lampiran seterusnya adalah: Contoh Sijil Tanah Wakaf yang akan diposkan kepada semua pembeli(pewakaf), Cabutan Hak Milik Geran Tanah, Salianan Geran Tanah, Sijil Penilaian Tanah, Peta sebenar kedudukan Sekolah(Google Maps-Earth), Plan Ringkas kawasan Sekitar Sekolah dan kawasan yang akan dibangunkan balik untuk Pembangunan Semula Pondok Tok Kenali, Carta Organisasi Lembaga Pengarah “MADINATUL ILMI”, Carta Organisasi Sekolah Rendah Islam Madinatul ‘Ilmi(untuk Tahun 2011) dan No. Telefon Peribadi Cicit Tok Kenali iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi(sebagai Pemegang Amanah) serta No. Telefon dua orang Ahli Lembaga Pengarah “MADINATUL ILMI” sebagai rujukan pembeli (pewakaf).


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN MADINATUL 'ILMI

CONTOH SIJIL

 CABUTAN HAKMILIK

 PLAN TANAH DALAM GERAN ASAL

 SALINAN SIJIL PENILAIAN TANAH

PLAN KAWASAN & PERANCANGAN PEMBANGUNAN PONDOK TOK KENALI
Sekarang; 178 orang pelajar. Maxsimum; 420 orang Pelajar (35 orang x 12 Kelas)

PETA SEBENAR KAWASAN PONDOK TOK KENALI (Google Maps-Earth)
Pandangan dari jauh bermula dari Cabang 4 Kubang Kerian ke Jalan Bachok

Pandangan dekat Lokasi Kawasan


WAKIL PENJUAL & WAKIL PENERIMA WAKAF 
BIL.
NAMA
I/C
H/P
1
DATO’ SRI ABDUL KADIR
013-9834444
2
IDRIS  BIN MOHD SAID
670715-08-6817
014-6662935
3
CHE BAHARUDDIN BIN SALLEH
721120-03-5161
017-9487777
5
AZLAN BIN ZAKARIA
640719-03-5999
019-5989478
6
MAT ROHIM AB RAHMAN
630211-03-5577
017-9834228
7
HJ. ZAKARIA BIN MAT RAIS
320605-08-5063
017-4729366
8
AKMAR BIN ALIAS
730902-09-5067
019-9475324
9
ABU ZAID BIN HUSSEIN
851015-03-6053
017-2842737
10
ABDUL RAHIM BIN MD JASNI
850515-07-5783
013-9482379
11
MOHAMAD ZAMZURI BIN JAAFAR
690831-03-5417
012-6711137
12
IDZHAR BIN MD DAUD
770208-10-5911
012-2897646
13
ABDUL MALEK BIN ARBAIN
650306-08-5073
019-4127644
14
NOOR AZIZAN BINTI ZAKARIA
600117-08-5108
019-5780753
15
NOOR HAFIZAH BINTI ZAKARIA
610915-08-6198
019-5594920
16
ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL
561126-03-5891
017-9650681
17
ABU D’ZAR BIN HUSSEIN
810801-03-5073
014-2984588
 
Ø  Dengan ini, Penjual (tuan tanah) dan Penerima Wakaf (pihak pengurusan sekolah dan Penjaga Amanah) Melantik Wakil-wakil (Nama diatas) untuk menerima bayaran (pembelian) sekali gus menjadi Wakil Penerima Wakaf bagi tujuan Akad Jual Beli dan melakukan Sighah wakaf (Ijab dan Qabul) atas tujuan Tanah Wakaf tersebut. Perlantikan ini berkuat kuasa serta merta.
Ø  Pembeli (pewakaf ) dan Wakil Penjual sekali gus Wakil Penerima Wakaf boleh mengguna Lafaz dibawah untuk akad jual beli melakukan Sighah wakaf (Ijab dan Qabul) seperti berikut;
LAFAZ PEMBELI DAN PENJUAL;
Pembeli: Saya ..................(Nama Pembeli)................. mengaku telah membeli Tanah sebanyak ...3.... Lot kaki persegi dengan harga ...RM300.00...dalam Lot 1493 diatas ¼ bahagian atas nama Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi, Mukim Kenali, Daerah Kubang Kerian, Jajahan Kota Bharu, dan saya Mewakafkan tanah ini atas nama ........................................... untuk Tujuan Kebajian dan Pengajian Agama. Saya menyerahkan Hak Penjagaan dan mengamanahkan kepada Keturunan Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali) untuk mengurus dan mengendalikan tanah saya ini untuk selamanya.
Wakil Penjual & Wakil Penerima Wakaf: Sebagai Wakil, Saya jual tanah ini dan saya terima Tanah Wakaf ini untuk Tujuan Kebajian dan Pengajian Agama untuk selamanya.

CARA BAYARAN 

   Bank In ke IBNU WARDIE TRADING No.Akaun: 1304 0010849 057(CIMB BANK). Untuk keselamatan bersama, Resit Bank hendaklah disimpan dan dikepilkan sekali dengan salinan Resit Tanah Wakaf. Setiap kali Bank In duit, sila SMS taip: Tanah Wakaf >Jumlah > Jam. Hantar kepada Ustaz Hafiz Hukmi 017-9798 715 @  016-900 5060.

Untuk Keteranagn Lanjut, Sila Hubungi;
Ustaz Hafiz Hukmi (Penjaga Amanah –cicit Tok Kenali): 017-9798 715 @ 016-900 5060.
Hj. Mustafa Bin Hj. Salleh (S/U Ahli Lembaga Pengarah Madinatul ‘Ilmi): 013-923 0593.
Cikgu Mat Ludin Bin Muhammad (Mudir / Guru Besar - Sekolah): 013-9922121



SEJARAH TOK KENALI
1. Pendahuluan
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama ’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad (S.A.W). Malah beliau juga digelar "Wali Allah" memandangkan kelebihan dan keistimewaan yang anugerahkan oleh Allah (S.W.T). Beliau juga disebut sebagai Ulama yang Zuhud kerana memilih hidup sederhana dan mendapat ilham daripada Allah (S.W.T) sebagai "Ilmu Ladunni" (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala ibunya bernama Fatimah. Ibunya adalah anak seorang Lebai yang kuat beramal ibadat serta ilmu agama yang tinggi yang dikenali dengan panggilan Tok Leh. Kecenderungan Tok Kenali dalam pelajaran dan minat mendalami agama sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang singkat dia telah berjaya khatam kitab suci Al-quran pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Beliau adalah seorang anak yang genius. Telah terbukti apabila pada usia 9 tahun beliau telah dilantik menjadi kerani oleh Penggawa atau Penghulu Kubang Kerian iaitu Tok Kweng Ahmad. Penggawa tersebut amat tertarik dengan kepintaran & sikap ingin tahu beliau dan ingin maju dalam diri beliau. Anak bongsu Tok Kenali yang paling banak mendekati masyarakat dari segenap lapisan. Terkenal sebagai pembaca Quran yang handal, ahli lagu dan qasidah yang terkemuka di Malaysia. Mendapat pendidikan di Mekah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan memasuki kuliah Syariah di salah sebuah universiti di Mekah dan pernah berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah juga menjadi pengetua di beberapa buah sekola menengah di Arab Saudi.

(Masjid Asal Tok Kenali yang telah di baik pulih)
 
Sekiranya kita meneliti sejarah hidup Ulama terkenal ini, pastinya kita akan terasa kagum dengan kebolehan dan kekeramatan yang dimiliki beliau atas kurniaan Allah (S.W.T) kerana sepanjang hayat beliau menghabiskan masa dengan mencurahkan ilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat khususnya pada Agama demi mencari keredhaan Allah (S.W.T). Beliau mula belajar pada usianya masih kecil iaitu belum "mumaiyyiz" lagi. Malah sebelum menyambung pembelajarannya ke Mekah, beliau telah pun berbakti kepada masyarakat dengan mengajar Ilmu Agama, Nahu dan juga Bahasa Arab di kampungnya.


2. Riwayat Hidup Tok Kenali
Beliau dilahirkan pada 1287H bersamaan 1868M di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga dikenali dangan nama timangannya "Awang" dan juga "Awang Kenali", akhirnya dikenali dengan Nama "Tok Kenali".
Tok Kenali menjadi yatim pada usia 5 tahun apabila bapanya kembali ke rahmatullah. Bermula saat itulah beliau dijaga oleh datuknya "Tok Leh". Hasil didikan dan asuhan datuknya, beliau mahir membaca dan menulis, disertai dengan didikan dan asuhan Ibunya yang menitik beratkan kesopanan dan peradaban. Ibunya yang bercita-cita tinggi ingin melihat anaknya hidup seorang yang berilmu dan dihormati serta dapat menyumbangkan ilmu kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan asuhan Nenek tirinya Tok Mek Ngah yang sangat mengambil berat tentang penjagaan makan minum cucunya sebagaimana menjaga anaknya sendiri. Tok Mek Ngah sama sekali tidak akan membenarkan cucunya memakan makanan yang dibeli di pasar oleh kerana tidak tahu siapa yang memasak dan tidak tahu kualiti kebersihan makanan itu, sebaliknya beliau akan memasak sendiri bagi menjamin kebersihan zahir dan batin untuk cucunya makan. Berpunca daripada asuhan yang baik dan sempurna serta pemakanan bersih lagi halal, maka lahirlah seorang insan yang mulia serta bercita-cita tinggi untuk mendalami ilmu agama.
 
(Pandangan sebelah belakang Masjid Tok Kenali)

3. Pendidikan Tok Kenali


Pendidikan pertamanya bermula dari rumahnya sendiri iaitu beliau telah berguru dengan datuknya Tok Leh. Pelajaran pertamanya yang dipelajarinya adalah kitab suci Al-Quran Al- Karim, iaitu dengan mempelajari bacaannya. Seterusnya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ibrahim sewaktu usianya 6 tahun dan beliau berusaha menghafaz ilmu yang baru dipelajarinya. Ingatannya juga cukup kuat, dengan hanya sekali diajar mengaji beliau sudah boleh membaca Al-Quran dengan tajwid dan tartilnya sekali. Beliau juga dikagumi oleh gurunya. Satu perkara aneh yang ada pada diri beliau ialah, beliau agak keberatan untuk membaca pelajaran yang beliau telah mempelajarinya semalam walaupun diminta olae gurunya, sebaliknya meminta diajar pelajaran yang baru. Katanya pelajaran yang sudah dipelajari semalam beliau sudah tahu dan apabila diuji oleh gurunya ternyata beliau cukup fasih dan tepat sekali bacaannya. Pada umur 10 tahun beliau menuntut di masjid besar Kota Bharu iaitu Masjid Besar Muhammadi, masjid tersebut adalah menjadi pusat pengajian terpenting di Nusantara ini dan beliau pergi menuntut dengan berjalan kaki pergi dan balik sejauh 8km untuk sampai ke masjid tersebut tujuannya untuk mendalami ilmu agama dan tatabahasa Arab. Menurutnya, seorang yang ingin mendalami dan menguasai ilmu agama wajib mahir dalam bahasa Arab. Sekiranya kita fasih berbahasa Arab, kita akan dapat memahami Al-Quran dan hadis Nabi. Baginya berjalan kaki sejauh 8km bukan satu penghalang padanya untuk mencapai cita-citanya untuk menimba ilmu yang berguna. Tok Kenali telah berguru dengan ramai ahli ulama pada ketika itu, berkat didikan daripada guru-gurunya beliau mahir menguasai kitab-kitab Islam dengan baik. Sudah menjadi adat atau tradisi masyarakat Melayu pada ketika itu untuk mengahwinkan anak perempuannya pada usia muda kerana takut dan bimbang jika anak perempuannya kahwin lambat kerana bimbang akan menimbulkan fitnah sekiranya berkahwin lambat. Oleh itu seorang pemuda yang tinggi ilmunya menjadi rebutan kepada orang tua si gadis untuk menjadikan Tok Kenali sebagai menantu. Akhirnya beliau dikahwinkan dengan seorang gadis pada usia beliau 16 tahun, malangnya usia perkahwinannya hanya kekal selama satu tahun sahaja disebabkan kahwin paksa atas kehendak orang tua. Dalam tempoh perkahwinannya yang singkat itu, datuk dan nenek kesayangannya meninggal dunia dan beliau pula telah bercerai dengan isterinya. Lalu beliau telah mengarang sepotong syair nyang berbunyi "Tiada isteri dipelukkan kitab, datuk pula meninggalkan harap". Selepas beliau bercerai dengan isterinya, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Tanah Suci Mekah pada tahun 1887 (1305H) pada umurnya kira-kira 18 tahun, beliau menaiki kapal layar yang sering berulang-alik berdagang di rantau ini. Perjalanan sepatutnya selama 3 bulan tetapi telah menjadi 6 bulan disebabkan layarnya patah ditengah lautan Hindi dan Laut Merah. Oleh kerana terlalu lama di lautan, makanan dan minuman air tawar kehabisan lalu beliau terpaksa meminum air masin lautan Hindi untuk meneruskan perjalanannya ke Tanah Suci Mekah. Sesampainya beliau ke Tanah Suci Mekah, musim haji sudah habis. Selama 7 bulan beliau tinggal di Tanah Suci Mekah tanpa kediaman, hanya menumpang tidur dan berbantalkan lengan di serambi Masjidilharam sahaja. Selepas 7 bulan beliau di sana barulah beliau mendapat tempat tinggal yang lebih baik. Beliau telah menjadi tukang masak kepada kawan-kawannya. Dengan ini beliau mendapat upah dan dapatlah menampung perbelanjaan pengajiannya kerana beliau tidak pernah mendapat kiriman wang daripada ibunya di kampung kerana ibunya hidup susah di kampung. Apabila beliau mempunyai sedikit wang, beliau tidak kedekut untuk membeli kitab-kitab agama bagi membantu pengajiannya. Beliau suka membaca dan mentelaah kitab-kitab dari ulamak-ulamak dan para failasuf islam, beliau banyak membaca dan banyak membuat kajian tentang apa yang beliau pelajari. Pada tahun 1904M, beliau telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Haji Ismail Patani. Tujuan lawatan beliau adalah untuk belajar dan mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan agama islam di Universiti Al-Azhar dan tempat-tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.
Kehidupan beliau di Tanah Suci Mekah amatlah sederhana terutama dari segi pakaian, makanan dan minuman. Beliau hanya mempunyai 2 helai kain sahaja dan beliau memakai baju 'tut' iaitu baju panjang tanpa kain sarung yang menyamai jubah labuh. Makanannya juga serdehana kerana menurut falsafahnya, beliau "makan hanya untuk hidup, bukan hidup untuk makan". Menurut Abdullah Al-Qari (1938), semasa di tanah suci, beliau berpegang kuat kepada falsafah, "membeli apabila penuh saku, berhenti jika tangan kosong, pemberian Tuhan pantang disungkal". Nikmat Tuhan lebih dari bilangan rambut wajib disyukuri. Pelbagai rintangan yang diterimanya di Tanah Suci Mekah dalam usaha untuk mendapatkan ilmu untuk bekalan dalam hidupnya, namun beliau tidak pernah berputus asa atau menyesal sebaliknya sentiasa bersyukur dan memohon limpah kurina Illahi. Beliau pernah menurunkan doa yang sentiasa beliau pohon semasa di Tanah Suci Mekah. Doa tersebut yang berbunyi:
"Allahu..., wahai Tuhanku, kasihani apalah kiranya kepada aku, hambamu yang datang dari tanah yang jauh menumpang bertenggek di tanah suci dan di serambi Masjidilharam Mu yang mulia. Kasihani wahai Tuhan yang rahman, penuhilah dadaku dan sakuku, banyakkanlah makanan dan tempat kediamanku, gantikanlah nasi buburku dengan nasi keras yang menyegarkan, Lailahhailla antasubhanakainni kumtuminadzalimin. Kerana ketulusan hatinya yang suci itu, sentiasa pula merendahkan diri dan sederhana dalam segala hal, setiap doa dan permintaan beliau kepar dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sentiasa disyukurinya dan beliau tidak putus-putus berdoa dna memohon pada Allah S.W.T agar dipelihara Allah S.W.T dan mendapat kehidupan yang baik semasa di sana. Akhirnya berkat doanya yang tulus suci itu beliau memperoleh tempat pergantungan yang lebih baik lagi. Dengan ini suasana pengajiannya juga bertambah baik dan sempurna.
Setelah kehidupannya berubah menjadi lebih baik sedikit beliau telah mampu membeli sendiri kitab-kitab agama pengajiannya.Segala ilmu yang di baca dan dipelajarinya tersimpan didalam ingatannya begitu kuat sehingga sukar sekali dilupakan. Inilah satu kelebihan pada beliau yang dikurniakan semenjak beliau dari kecil lagi. Arus kehidupan di rantau orang ada pasang surutnya. Atas desakan ekonomi yang agak genting beliau terpaksa menjual kitab-kitab miliknya dengan sedikit potongan kepada toko-toko buku dari satu masa ke satu masa. Dengan cara itu beliau dapat menggunakan wang tersebut untuk membeli kitab-kitab yang baru pula yang belum dipelajarinya. Penjualan kitab-kitab yang telah habis dibaca dan dipelajarinya sedikit pun tidak merugikan beliau kerana segala isi kitab tersebut telah tersimpan di dalam ingatan dengan kuat. Apabila beliau pulang, beliau Cuma membawa dua buah kitab sahaja iaitu Kitab Maghni Al Baib dan Kitab Asmuni (atau Surah Yassin) berserta ilmu pengetahuan dan kepakaran agama yang bagitu mendalam di dalm dada serta ingatannya.
Tok Kenali telah memperoleh ilmu dari pada banyak tuan-tuan guru dan ulama-ulama besar di Mekah. Guru pembimbing utama Tok Kenali semasa di Mekah yang juga menjadikan Tok Kenali sebagai anak angkatnya ialah Al Alamah Asy Sheikh Wan Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani.

4. Kepulangan Tok Kenali
Pada tahun 1909M (1327H) beliau pulang ke tanah air selepas menjalani pengajian selama 17 tahun di tanah suci Mekah. Keputusan diambil untuk pulang ke tanah air apabila selepas tuan guru kesayangannya Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia di Mekah pada 1906M (1325H). Pada tahun 1911M (1329H) beliau pulang ke tanah air setelah merasai dadanya sudah penuh dengan ilmu pengetahuan dalam yang telah dipelajarinya lebih kurang 25 tahun daripada tuan gurunya. Beliau bertekad untuk mencurahkan segala ilmunya kepada anak bangsanya. Beliau pulang ke tanah air menaiki kapal layar yang menyusuri pantai Arab, Andam, India melalui singapura dan akhirnya tiba di Kelantan. Atas kesedaran dan dorongan oleh ibunya bertapa pentingnya pendidikan yang lebih baik dan tersusun lagi berkesan beliau telah membuka dua buah pusat pengajian sekolah pondok di kampung kelahirannya di kampung Belukar iaitu tempat Masjid Kenali sekarang dalam Mukim Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung. Di mana beliau tinggal, orang akan berduyun-duyun mengikutinya sehingga pondoknya semakin bertambah besar ekoran bertambahnya bilangan murid beliau. Hasil dari didikan beliau, lahirnya guru-guru agama dari pondok tersebut. Selepas itu guru-guru tersebut membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Selain mengajar di pondok beliau, Tok Kenali juga menjadi guru di Masjid Besar AL-Muhammadi, Kota Baharu. Ketika itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di Kelantan dan juga dikenali sebagai "Serambi Mekah" sehingga namanya termasyur ke serata ceruk di Semenanjung, Indonesia, Kemboja, Patani dan lain-lain negara. Beliau membahagikan masa mengajar dalam seminggu 3 hari di Masjid Muhammadi di Kota Bharu dan 4 hari di pondoknya. Ramai murid-murid datang belajar di pondok beliau dari seluruh pelusuk negeri dan juga negara. Selain Tok Kenali ada juga guru-guru yang mengajar di pondok tersebut. Murid-murid yang mempunyai kebolehan dalam pelajarannya akan dilantik sebagai seorang pemimpin kumpulan disamping itu kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan kepada pelajar-pelajar dan juga orang-orang kampung. Murid beliau yang pertama ialah Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Jebeng (Jambang) dan Almarhum Lebai Ahmad. Kedua-dua murid beliau ini disuruhnya menghafal nahu dan tasrif. Cara-cara Tok Kenali mengajar kepada murid-muridnya agak luar biasa, Tok Kenali mengajar tanpa kitab di hadapannya sedangkan murid-murid mempelajarinya dengan menggunakan kitab di hadapannya. Inilah menunjukkan bahawa Tok Kenali mempunyai daya ingatan yang kuat. Selepas ibunya meninggal, Tok Kenali berhijrah ke Kota Bharu atas permintaan Datuk Paduka Perdana Menteri yang juga kawan baiknyadan mencurahkan sepenuh tenaganya sebagai pengajar utama di Masjid Muhammadi. Dalam pendidikan mencurahkan ilmu beliau berpegang kuat kepada falsafah dakwah, tarbiah dan ilmu perlu di sebarluaskan kepada orang ramai. Sejak itu nama Tok Kenali semakin mekar mengharum dan masyhur sebagai tuan guru yang mahir dalam ilmu nahu, saraf dan tasawuf, tafsir, hadis, tauhid, feqah dan sebagainya. Masa berlalu begitu pantas, nama Tok Kenali masyhur sebagai ulama terbilang dan sebagai wali Allah.S.W.T dan menenggelamkan nama sebenar beliau Mohammad Yusof Ahmad dengan gelaran "Tok Kenali" kekal sehingga ke akhir hayatnya malah sehingga ke hari ini.
Selama 25 tahun hidup menduda dan tinggal sebatang kara, akhirnya beliau mendirikan rumahtangganya sewaktu usianya menjangkau 40 tahun dengan seorang janda muda yang berusia 18 tahun yang bernama Siti Ruqayah. Hasil perkahwinan dengan Siti Ruqayah, beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata lelaki. Kesemua anak lelakinya ini berjaya menjadi tuan guru yang berilmu.

5. Cahaya Mata Tok Kenali
i) Tuan Guru Haji Ahmad (1909-1979)
Anak sulung Tok Kenali yang sempat mendapat bimbingan ilmu daripada ayahnya. Lebih dikenali dengan nama ’Tok Bangkok’, sebab tempat tinggal beliau di kenali bersebelahan dengan pondok penuntut-penuntut dari Siam (Bangkok). Beliau juga seorang guru yang utama dan mengambil alih serta menyanbung usaha murni bapanya dengan mengajar di pondok pengajian peninggalan bapanya. Tok Bangkok memang disenngi oleh semua orang kerana sikapnya yang suka mengambil berat dan sentiasa menyampaikan nasihat dan ajaran walau di mana saja beliau berada. Apa yang menaraik tentang beliau ialah beliau amat disukai oleh kanak-kanak, kerana sikapnya yang pemurah dan suka mengambil hati kanak-kanak. Apabila beliau keluar ke satu-satu tempat, poketnya pasti berisi bungkusan gula-gula yang akan diberikan kepada kanak-kanak yang ditemuinya.
ii) Tuan Guru Haji Muhammad Salleh (1911)
Beliau adalah anak Tok Kenali yang paling lama belajar serta tinggal di Mekah, iaitu meninggalkan kampung halaman kira-kira 6 tahun sebelum Tok Kenali meninggal dunia. Iaitu kira-kira pada tahun 1927M (1347H). Beliau terus menetap di sana dan menjadi salah seorang tenagn pengajar di Masjidilharam, Mekah. Beliau juga adalah seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan pelbagai risalah agama. Setiap tahun tidak kurang dari dua atau tiga hasil cipta karangannya akan dikirimkan ke tanah air untuk dicetak.
Pada tahun 1962M (1382H) beliau telah bekunjung ke tanah air bat beberapa ketika dan membuat lawatan ke beberapa buah negeri di Malaysia Barat sambil menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Beliau menetap di Tanah Suci Mekah sebagai guru pengajian Quran di salah sebuah sekolah Arab di Kota Mekah. Beliau juga pandai memasak seperti almarhum bapanya, Tok Kenali.
iii) Tuan Haji Mahmud (1913M)
Anak Tok Kenali yang ketiga ini tidak kurang juga handal ilmu agamanya. Pernah menjadi khatib sambilan di masjid peninggalan bapanya di Kubang Kerian dan seorang yang kerap berpidato, memberi nasihat dan pengajaran di samping menguruskan perniagaannya sendiri.


iv) Tuan Haji Abdullah Zawawi (1926M)

6. Akhlak dan Peribadi Terpuji Tok Kenali
Kemasyhuran Tok Kenali sebagai ulama besar, namun terkenal juga sebagai seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan amalan yang amat baik dan menjadi contoh tauladan kepad umat Islam yang lain. Antara sifat-sifat terpuji dan amalan istimewa beliau ialah:
a) Beliau sangat menghormati dan memuliakan ibunya dan selalu memohon restu kepada ibunya sebelum melakukan sesuatu perkara yang baru. Beliau sentiasa memberitahu perkara gembira kepada ibunya selam beliau berada di Tanah Suci Mekah.
b) Beliau tidak pernah merandah-rendahkan orang lain. Contohnya tidak merendahkan murid-muridnya yang lemah dalam pelajaran kerana beliau menganggap bijak atau lemahnya seseorang itu adalah kurniaan Illahi.
c) Seorang yang zuhud, sentiasa merendah diri, sangat pemurah dan suka menderma terutamanya kepada orang fakir dan miskin.
d) Sentiasa menerima undangan dan jemputan, tidak pernah menolak jemputan atau hajat orang ramai kecuali beliau dalam keuzuran.
e) Beliau suka beriktikaf di masjid, berzikir, memperbanyakkan ibadat dan kurang tidur.
f) Menggemari kata-kata hikmat, kata-kata sakti dan syair-syair Arab.
g) Kerap menulis di atas tapak tangan kerana menganggap tapak tangan adalah sebagai meja yang kecil.
h) Beliau seorang penyabar, tidak lekas marah, tidak pernah memukul atau merotan anak-anaknya. Anak-anaknya disuruh tanpa perintah, cukup dengan contoh perbuatannya sahaja.
i) Gemar membaca buku-buku agama, cerita-cerita agama dan majalah-majalah ilmiah di mana-mana sahaja beliau berada.
j) Rela berkorban. Sentiasa mengorbankan wang demi ilmu pengetahuan malah pernah membayar sebuah kitab dengan harga puluhan ringgit semata-mata kerana di dalamnya terdapat beberapa perkataan yang baru kepadanya.
k) Tidak mahu mengambil kembali barang-barang miliknya yang tercicir dan dijumpai oleh orang lain walaupun orang tersebut memulangkan kepada beliau kerana menganggap barang tersebut adalah rezeki orang yang menjumpainya.
l) Mempunyai daya ingatan yang cukup kuat. Iaitu sentiasa mengingat setiap masalah yang ditanya kepada beliau walaupun orang yang bertanya itu sendiri sudah lupa. Beliau juga mampu menceritakan dengan baik segala apa yang sudah dibacanya sebelum itu. Menutup kitab pengajarannya tanpa menandakan tempat berhenti tetapi sebulan kemudian dapat terus membuka dengan tepat bahagian atau mukasurat yang beliau hentikan.
m) Suka berjalan kaki sebagai satu latihan untuk melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
n) Suka membuat sendiri pekerjaan tanpa meminta pertolongan orang lain. Contohnya pergi ke pasar sendiri dan apabila pulang bakulnya penuh berisi dengan pemberian orang.
o) Tidak pernah menolak sebarang pemberian orang kepadanya.
p) Pakaiannya cukup sederhana iaitu hanya sehelai kain pelikat, kadang-kadang berbaju jubah dan kadang-kadang tidak. Kepalanya pula sering terbuka atau kadang-kadang berlilit serban putih yang panjang. Jelas menunjukkan peribadi seorang wali atau ahli tasawuf atau ahli sufi.
q) Di dalam kehidupan sehari-hari sentiasa membaca surah Al-Ikhlas dan lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji nama Allah S.W.T dan juga selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
r) Selalu berdoa dengan doa yang bersumberkan doa daripada Imam Al-Ghazali, seorang filosof Islam yang terkenal.
Inilah akhlak dan peribadi yang ada pada Tok Kenali, ketinggian dan kemuliaan budi pekerti yang dimiliki oleh Tok Kenali hasil daripada ilmu yang di pelajarinya iaitu ilmu Tarekat dan penghayatan ilmu Tasawuf dalam dirinya.

7. Detik-detik Akhir Hayat Tok Kenali
Pada akhirnya hayatnya, Tok Kenali diserang sakit kaki secara tiba-tiba. Semakin hari semakin sakit. Empat bulan kemudian sakitnya masih tidak berkurang malah semakin merebak dan memburuk pada kakinya. Saat itu beliau tidak dapat berjalan, sekadar bergerak di dalam rumah sahaja. Namun tidak pernah keluar keluhan atau kekesalan dari mulut Tok Kenali. Apabila terasa sakit digosoknya dengan tangan sahaja, hingga akhirnya kaki beliau berulat. Apabila anak muridnya yang hendak mengeluarkan ulat kakinya, beliau tidak membenarkan anak muridnya mengeluarkan ulat tersebut. Beliau berkata "Biarlah, ulat ini pun suatu penghidupan semacam kita jua, ia juga mahu makan seperti kita makan" (Abdullah Al-Qari 1938:96). Malah pernah mendengar cerita, beliau pergi mandi di perigi, ulat di kakinya yang sakit itu terjatuh, lalu beliau memanggil muridnya untuk mengambil dan meletakkan kembali ulat tersebut ke tempat asalnya pada kaki beliau.
Sewaktu beliau menderita sakit, orang ramai bertali arus datang berduyun-duyun dan tidak putus-putus menziarahi beliau pagi dan petang. Selama dua bulan beliau berada di dalam kesakitan yang amat sangat, maka Tok Kenali menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan alam yang fana ini menuju ke alam barzakh pada hari Ahad 19 November 1933M (2 Syaaban 1352H) dalam usianya 65 tahun. Jenazahnya diziarahi oleh tidak kurang dari 2500 orang yang datang dari seluruh pelusuk dan disembahyangkan oleh lebih daripada 1000 orang. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama "Kubur Tok Kenali" kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu diziarahi oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang Mulia Sultan Ismail Petra). Sehingga ke hari ini kubur Tok Kenali diziarahi oleh ramai murid-murid beliau yang ada berselerak di seluruh negara dan juga pelawat-pelawat.

Selepas 32 tahun pemergian Tok Kenali, diikuti pula oleh isterinya Hajah Roqayah yang meninggal di Tanah Suci Mekah pada 26 Muharam 1384H (1964M). Setelah beliau menghidap penyakit mati sebelah tubuh selama lebih kurang 2 tahun iaitu bermula pada tahun 1382H (1965M).

8. Jasa dan Bakti Tok Kenali
Beliau banyak berjasa kepada dunia Islam khasnya masyarakat Islam. Beliau telah menyumbangkan baktinya di kampungnya sendiri sebelum mendalami ilmu agama di Tanah Suci Mekah.Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah, beliau terus berbakti mengajar murid-muridnya sehinggalah ke akhir hayatnya. Terlalu banyak sumbangan dan jasa beliau telah dicurahkan tidak terkira banyaknya ilmu yang telah diturunkan kepada murid-muridnya.
Antara sumbangan yang besar beliau ialah:
i) Mendirikan pondok dan memberi galakan kepada sistem pondok. Walaupun sistem pondok ini telah wujud sebelum zaman beliau lagi namun telah disemarakkan oleh beliau dengan sistem penyampaian yang baru iaitu pelajaran secara berhalaqah, (melantik seorang murid yang lebih pandai untuk menjadi kepala telaah dalam kumpulannya). Beliau juga mendirikan "Jam’iyyah Al-Asriyyah" sebagai tempat perbincangan ilmu.
ii) Melahirkan sistem menghafal dalam pembelajaran agama. Sistem ini digunakan dalam bidang bahasa Arab, Ilmu Tauhid, Fekah, Tasawuf dan Tafsir Al-Quran.

Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Jasa dan bakti selalu dikenang,
Amalannya mengikut pegangan agama.


iii) Memberi pengajaran dan kefahaman mengenai kitab-kitab Arab dan Melayu. Bidang-bidang tersebut ialah bahasa Arab, Tauhid, Fekah, Tasawuf dan Tafsir Al-Quran.


iv) Melahirkan ’Angkatan Ulama’ yang menceburkan di dalam pelbagai bidang ilmu. Contonya bidang Tauhid (Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub bin Ismail Legor, Tuan Guru Syeikh Salih Tok Kenali. Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali. Bidang Fekah (Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung, Tuan Guru Haji Solahuddin Pulau Pisang dan ramai lagi). Bidang Tasawuf (Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub bin Ahmad Lorong Gajah Mat, Almarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Umar Bukit Abal). Bidang Tafsir (Doktor Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Almarhum Datuk Haji Hassan Yunus). Bidang Hadis (Doktor Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi). Bidang bahasa Arab (Haji Ali Salaahuddiin Al-Ibtida’iyyah atau Tok Sibawaih), bidang perkamusan, bidang sejarah dan juga bidang falak.
v) Melahirkan "Angkatan Pendakwah" atau ulama yang membuka pondok. Antaranya ialah Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir (Bunut Payung), Almarhum Tuan Guru Haji Ya’kub (Legor – Selatan Thailand), Almarhum Tuan Guru Haji Zainal ’Abidin (Sura, Dungun, Terengganu), Almarhum Tuan Guru Haji Salaahuddin (Pulau Pisang), Tuan Guru Haji Hasbullah dan Tuan Guru Haji Md. Nor (Buk, Ketereh).
vi) Pengasas Sekolah Arab, iaitu Almarhum Asy-Syeikh Uthman Jalaaluddin Al-Kelantani yang membuka Madrasah Manaabi’ Al-Uluum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
vii) Melahirkan golongan yang menjadi mufti seperti Saahib Al-Fadhilah Almarhum Datuk Haji hmad Mahir (Bekas Mufti Kelantan), Saahib Al-Fadhilah Datuk Haji Ismail Yusof (Timbalan Mufti Kelantan dan Saahib Al-Fadhilah Almarhum Tuan Haji Hasan (Bekas Mufti Melaka).
viii) Melahirkan ahli politik, iaitu Almarhum Datuk Haji Hasan Al-Azhari (Bekas Menteri Besar Johor).
ix) Mendorong pembukaan sekolah-sekolah Melayu, ini mamandangkan segala urusan kemajuan kampung terutama yang berkaitan dengan pelajaran akan dirujuk kepada beliau terlebih dahulu. Di mana pada tahun 1920M Sekolah Melayu Kubang Kerian berjaya didirkan.
x) Tok Kenali juga dipercayai pernah mengumpul dan menyimpan hasil kesusteraan Melayu Klasik iaitu "Cetera Raja Muda".